Pemain Terengganu FC, Abdul Malik Mat Ariff (kanan) diasak pemain Petaling Jaya FC, Joshua Jake Bulan Grommen (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019

Malang bagi PJ City apabila impian mereka menjarakkan diri daripada zon penyingkiran tidak kesampaian apabila kekal di kedudukan ke-10 selepas mengumpul lapan mata bersama dua pasukan tercorot – FELDA United dan Kuala Lumpur.

Terengganu FC (TFC) bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC.

Keputusan itu menyaksikan TFC kekal di kedudukan ketujuh liga, namun berkongsi 15 mata bersama PKNS FC dan Melaka United yang menghuni tangga kelima dan keenam.

Anak buah K Devan terlebih dulu membuka tirai jaringan pada minit ke-35 selepas hantaran Safee Sali di dalam kotak penalti disudahkan dengan rembatan deras P Rajes.

TFC terpaksa menunggu hingga minit ke-66 untuk menyamakan kedudukan apabila B Tinagaran tertampan bola ke gawang sendiri ketika berlaku kelam kabut di depan pintu gol PJ City.

Kipre Tchetche kemudian menceriakan kem TFC apabila meledak gol kedua pada minit ke-78, sekali gus memastikan tiga mata berharga menjadi milik skuad Penyu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

MGF270419_LIGA SUPER MALAYSIA05
Pemain Terengganu FC, Adib Aizuddin Ab Latif (kanan) mengasak pemain Petaling Jaya FC, Ganiesh Gunasegaran (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019
MGF270419_LIGA SUPER MALAYSIA04
Pemain Terengganu FC, Tchetche Hermann Brice Kipre (atas) diasak Penjaga Gawang Petaling Jaya FC, Mohd Muhaimin Mohamad (bawah) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019
MGF270419_LIGA SUPER MALAYSIA12
Pasukan Terengganu FC meraikan kemenangan dihadapan penyokong pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019
MGF270419_LIGA SUPER MALAYSIA01
Jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019
MGF270419_LIGA SUPER MALAYSIA02
Pasukan Terengganu FC bergambar pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019
MGF270419_LIGA SUPER MALAYSIA03
Pasukan Petaling Jaya City FC bergambar pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019