KUALA LUMPUR – Penambahbaikan kepelbagaian gender dalam lembaga pengarah syarikat di Malaysia masih lagi perlahan tetapi progresnya stabil.

Laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2019 berkata, kemajuan telah dicapai tanpa pelaksanaan mandatori
kuota, tetapi melalui gabungan keperluan pendedahan mandatori, yang terbaik amalan dan usaha bersepadu oleh pihak berkepentingan termasuk kerajaan, pengawal selia, pemegang saham dan peguam korporat.

Pada Disember 2018, terdapat peningkatan sebanyak 7 peratus dalam penyertaan wanita untuk 100 syarikat tersenarai apabila dibandingkan dengan tempoh yang sama pada Disember 2016.

Ia juga menyaksikan peningkatan 4 mata peratusan bagi semua syarikat tersenarai daripada 12% hingga 15.69%.

Sehubungan itu, katanya, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2017 iaitu lembaga pengarah tidak dikuasai oleh kaum lelaki bagi 100 syarikat teratas di Bursa Malaysia.

SC telah mensasarkan penyertaan 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah bagi 100 syarikat berkenaan menjelang akhir tahun 2020.

Setakat ini 134 syarikat sudah mencapai sasaran itu.

Malah, laporan itu mendapati pelantikan pengarah dibuat dalam kalangan golongan muda dengan 43 peratus berumur antara 20 hingga 30 tahun.

Manakala 15 peratus lagi berusia antara 51 hingga 60 tahun.

Pengarah-pengarah wanita yang berusia di bawah 40 tahun memegang jawatan eksekutif dalam syarikat tersenarai dalam produk-produk industri dan produk pengguna serta sektor perkhidmatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast