Azhar Azizan Harun

SANDAKAN – Seramai 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal esok bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, anggota polis berkenaan akan mengundi di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan dan Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Katanya, Pusat Pengundian Awal di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan dibuka mulai 8 pagi hingga 2 petang.

Menurutnya, bagi Pusat Mengundi di Rumah Kelab IPD Sandakan waktu pengundian dibuka dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh setiap ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang terdiri daripada wakil organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan yang telah dilantik oleh SPR, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azhar berkata, di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara ‘live streaming’ atau langsung menerusi Facebook SPR.

Beliau berkata, proses pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding serta pemerhati pilihan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast