Lelongan kapal pesiaran mewah 'Equanimity’ yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah menarik minat pembeli daripada rantau Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Kapal mewah Tranquility yang dahulunya dikenali sebagai Equanimity.

KUALA LUMPUR – Kira-kira RM15.5 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menahan dan menyelenggara kapal Equanimity, keseluruhan proses memakan masa sembilan bulan  bermula Ogos tahun lalu sehingga kapal tersebut diserahan kepada pembeli.

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kenyataan berkata, RM407,000.000 dibelanjakan untuk caj-caj berlabuh dari Ogos sehingga November 2018 semasa Equanimity berlabuh di Boustead Cruise Centre Pelabuhan Klang sebelum kapal tersebut dialihkan ke Pangkalan Tentera Laut di Langkawi.

Katanya, TLDM telah bermurah hati membenarkan Equanimity berlabuh di situ tanpa sebarang caj dari November tahun lepas sehingalah kapal tersebut diserahkan kepada pembeli pada 25 April lalu.

“Kami berasa amat berterima kasih (kepada TLDM),” kata Tommy.

Menjelas lebih lanjut, katanya, hampir RM12.7 juta telah dibelanjakan untuk kos pengoperasian bagi menyelenggara Equanimity sepanjang sembilan bilan kapal tersebut ditahan.

Beliau berkata, kos penyelenggaraan termasuk yuran-yuran agensi, ejen tempatan, syarikat pengurusan profesional, gaji anak kapal, insurans dan pelbagai lagi, manakala RM400,000 turut dibelanjakan untuk perkhidmatan penilai serta pentaksir. – MalaysiaGazette

Laporan lanjut menyusul