Saksi, Penolong Pengurus Maybank Kuala Lumpur, Halijah Abdul Wahab hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 08 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi ke-31 bagi prosiding SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi yang Maybank cawangan Kuala Lumpur pernah mendapat arahan untuk melakukan pindahan sebanyak RM140 juta ke akaun SRC International pada 12 Disember 2014.

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengurus Maybank KL, Halijah Abdul Wahab hari ini ketika sesi keterangan dan soal balas berhubung penyewelengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Menurut Halijah, pihaknya telah menerima arahan daripada Putra Perdana Constructions Sdn Bhd melalui satu surat daripada mereka untuk memindahkan RM140 juta ke akaun Ambank SRC International bernombor 2112022010650.

Kata Halijah, Maybank KL menerima arahan daripada Permai Binaraya Sdn Bhd pada 8 Julai 2014 untuk memindahkan RM27 juta ke akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pindaan itu katanya, telah dibuat melalui Maybank Permai Binaraya ke akaun Najib selepas menerima arahan melalui faks pada Julai 8 dan kemudian mendapat salinan asal surat tersebut.

Wanita itu juga mendedahkan sebanyak RM110 juta dipindah dari akaun Maybank Putra Perdana Development ke akaun Maybank Putra Perdana Construction pada 12 Disember 2014.

Keterangan itu yang diberikan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Sulaiman Khoo Kheng Fuei.

MGF08052019_NAJIB MAHKAMAH10
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari ke-15 perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 MEI 2019.

Najib yang duduk dalam kandang tertuduh pula sesekali dilihat membelek dan membaca buku selain sesekali mendengar prosiding tersebut.

Bagaimanapun, Mohd Nazlan membenarkan prosiding itu di tangguhkan apabila diminta oleh ketua pasukan pembelaan, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah mahu saksi itu kembali ke pejabat bagi mendapatkan tandatangan penandatangan untuk tiga syarikat.

Muhamad Shafee meminta supaya Halijah membawa dokumen tandatangan daripada Putra Perdana Construction Sdn Bhd, Putra Perdana Development Sdn Bhd dan Permai Binaraya Sdn Bhd yang di simpannnya di pejabat Maybank KL.

Prosiding di sambung esok jam 8.45 pagi esok. –MalaysiaGazette