Hutang China semakin meningkat

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menaikkan tarif ke atas baranga n China bernilai AS$200 bilion berkuatkuasa hari Jumaat.

Keputusan itu meningkatkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China ketika kedua-dua negara sedang mengadakan rundingan hari terakhir dalam usaha untuk mencapai perjanjian perdagangan.

Penguatkuasaan itu yang dilihat tidak berpatah balik mendorong Kastam Amerika Syarikat dan Perlindungan Sempadan (CBP) melaksanakan duti 25 peratus ke atas kargo-kargo yang meninggalkan China pada pukul 12:01 EDT (0401 GMT).

Barangan lebih daripada 5,700 kategori produk terjejas yang meninggalkan pelabuhan dan lapangan terbang China sebelum tengah malam akan dikenakan kadar duti asal sebanyak 10% asal, kata seorang jurucakap CBP.

Tempoh tambahan tidak digunakan pada tiga pusingan tarif  yang dikenakan tahun lepas ke atas barang-barang China, yang mempunyai tempoh notis lebih lama sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum ia dilaksanakan.

Trump memberi tempoh kepada pengimport Amerika Syarikat kurang daripada lima hari notis berhubung keputusannya untuk menaikkan kadar kategori barang bernilai AS$ 200 bilion kepada 25%, yang kini sepadan dengan kadar pada barang-barang jentera dan teknologi Cina bernilai AS $ 50 bilion.

Kenaikan itu dibuat ketika perbincangan antara perunding Amerika Syarikat dan China sedang berusaha menyelamatkan perjanjian yang goyah bertujuan mengakhiri perang perdagangan selama 10 bulan antara dua negara terbesar di dunia.

Sektor import terbesar China yang terjejas oleh kenaikan kadar adalah kategori bernilai AS$ 20 bilion ditambah iaitu modem Internet, router, dan peranti penghantaran data, diikuti oleh papan litar bercetak bernilai AS$ 12 bilion yang digunakan dalam pelbagai produk buatan Amerika Syarikat .

Perabot, produk lampu, bahagian auto, pembersih vakum dan bahan binaan juga dalam senarai produk yang tertakluk kepada cukai yang tinggi. – MalaysiaGazette