Deretan pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – “Tidak, terima kasih,” itu reaksi ringkas laman Facebook, Singapore Matters mengenai cadangan seorang penganalisis berhubung penggabungan Malaysia Airlines dan Singapore Airlines (SIA).

Menururnya, mengapa ia perlukan dilakukan memandangkan apabila sesuatu yang menguntungkan, Malaysia mahu melakukan penggabungan.

“Seperti bagaimana mereka mahu melakukan bidaan bersama untuk penyenaraian Unesco budaya (warisan) penjaja,” katanya yang merujuk kepada cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin yang mahu melakukan pencalonan bersama dengan Singapura baru-baru ini.

Ketika membentangkan kertas kerja pada Invest Asia 2019, Penganalisis Maybank Kim Eng, Mohsin Aziz yang mengemukakan pendapat peribadinya berhubung penggabungan dua syarikat penerbangan itu berkata, ia akan membolehkan kedua-duanya beroperasi dengan lebih efisien.

Kata Mohsin, penggabungan juga akan menyaksikan penjadualan yang lebih baik selain penempatan aset dioptimumkan.

Bagaimanapun Singapore Matters terus memberi contoh isu-isu yang membabitkan kedua-dua negara yang tidak memihak kepada Singapura sebelum ini seperti isu Sistem Instrumen Pendaratan (ILS) di Lapangan Terbang Seletar, had pelabuhan dan harga air dengan mendakwa ‘mereka memukul kita tanpa alasan’.

Rata-rata mereka yang mengikuti laman Singapore Matters tidak bersetuju SIA bergabung dengan Malaysia Airlines memandangkan syarikat penerbangan Singapura itu merupakan sebuah syarikat yang menguntungkan.

Malah seorang warga net dikenali Mizuno Djr yang mengulas mengenai perkara itu menyatakan keraguannya terhadap keupayaan analisis tersebut.

“Mengapa mahu bergabung dan kemudian mewujudkan banyak keputusan konflik, ia adalah budaya perkhidmatan yang berlainan sama sekali.

“Masa dan wang yang dinelanjakan untuk MAS tidak mudah untuk diperolehi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast