Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

SRI AMAN – Kerajaan Sarawak bersedia untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1 bilion secara berperingkat kepada kerajaan persekutuan bagi membaiki sekolah-sekolah daif di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian dalam ucapannya kepada guru-guru ketika merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri tahun ini di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk mengenal pasti cara program itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Formula itu sedang dilaksanakan, dan untuk pembayaran pertama, kerajaan Sarawak akan menyalurkan RM300 juta, pembayaran kedua RM300 juta lagi dan pembayaran ketiga RM400 juta – RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

“Malah, kami telah menyediakan cek,” kata beliau

Abang Johari berkata, Sarawak mahu memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan di negeri ini dan tidak mahu isu menyerahkan isu pembangunan pendidikan kepada kerajaan persekutuan semata-mata untuk dilaksanakan.

Untuk itu, saya telah menubuhkan kementerian pendidikan Sarawak dengan Datuk Seri Michael Manyin sebagai menteri pertamanya, kata beliau.

Penubuhan kementerian pendidikan negeri membolehkan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan pendidikan di Sarawak selain peruntukan persekutuan dan kerajaan terlibat dalam penggubalan dasar dan pentadbiran,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast