RIYADH – Dua kapal tangki minyak Arab Saudi diserang di luar pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata menteri tenaganya.

Insiden itu berlaku berhampiran Pelabuhan Fujairah, di teluk, tidak jauh dari Selat Hormuz.

Serangan sabotaj itu menyebabkan kerosakan ketara kepada kapal-kapal, tambah Khalid al-Falih.

UAE pula mendakwa empat kapal disasarkan.

Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Iran, yang bersempadan dengan selat tersebut berkata kejadian itu “membimbangkan dan mengerikan” dan meminta siasatan penuh.

Ketegangan adalah tinggi di rantau ini, yang mana kira-kira satu per lima minyak digunakan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat telah mengerahkan kapal perang di sana sejak beberapa hari lalu, petunjuk jelas ancaman dari Iran terhadap tenteranya dan lalu lintas maritim di rantau ini.

Iran menolak tuduhan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Bulan lalu, Iran mengancam untuk “menutup” Selat Hormuz jika ia dihalang daripada menggunakan laluan air berikutan keputusan Amerika Syarikat untuk mengakhiri pengecualian daripada sekatan bagi pengimport minyak utama Iran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast