Novak Djokovic berjaya mempertahankan gelaran Terbuka Madrid kali ketiga berturut-turut dalam aksi akhir semalam.

Jaguh Tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic merangkul gelaran Terbuka Madrid kali ketiga berturut turut.

Dalam aksi akhir semalam, bintang Serbia berusia 31, tahun menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-3 6-4 dalam masa sejam 32 minit.

Stefanos yang mengejutkan Rafael Nadal di separuh akhir kelihatan sangat letih dan tidak mampu bangkit menentang Djokovic.

Pada set pembukaan Djokovic mendahului pemain kelahiran Greek dengan 3-0 sebelum menang straight set.

Ia merupakan gelaran ketiga untuk Djokovic musim ini.

“Kemenangan ini sangat penting untuk saya kerana saya tidak pernah mempamerkan aksi terbaik sejak kemenangan Terbuka Australia untuk kali ketujuh berturut-turut.

“Stefano sangat bijak apabila berjaya menewaskan Nadal semalam (kelmarin) dalam aksi separuh akhir di waktu malam.

“Saya dapat rasakan dia tidak dinamik seolah-olah hilang tenaga di atas gelanggang dan itu kemungkinan dia terpaksa beraksi perlahan dengan masa yang begitu lama,” katanya.

Untuk rekod pertemuan, Tsitsipas yang pernah menewaskan Roger Federer di kejohanan Terbuka Australia dan pernah mengalahkan Djokovic untuk merangkul gelaran Rogers Cup di Toronto Ogos tahun lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast