Chelsea mahu menghantar pulang Higuain ke kelab asal Juventus

ENGLAND – Chelsea tidak merancang untuk memanjangkan kontrak pinjaman terhadap Gonzalo Higuain.

Pemain itu akan dihantar balik ke Juventus selepas aksi akhir Liga Europa 29 Mei ini.

Higuain menjaringkan hanya lima gol dalam 21 penampilan bersama the Blues sejak menyertai kelab itu secara pinjaman bertempoh enam bulan pada Januari lalu.

Kontrak pinjaman Higuain mempunyai klausa opsyen utuk melanjutkan pinjaman itu untuk semusim lagi dengan nilai.15.7 juta pound atau membeli dengan jumlah 31.6 juta pound.

Juventus tidak mahu Higuain kembali ke Serie A kerana masih mempunyai kontrak berbaki dua tahun, namun prestasi jaringan gol dalam liga England mengecewakan.

Higuain masih bergelut untuk beraksi dengn prestasi yang diharapkan dalam bola sepak Inggeris.

Oliver Giroud dijangka kekal di Stamford Bridge dan Chelsea dijangka melanjutkan kontrak untuk tempoh setahun lagi.

Giroud tidak lagi tersenarai dalam kesebelasan utama dalam Liga Europa sejak kehadiran Higuain.

Chelsea turut berusaha mendapatkan Pemain Tengah Croatia, Mateo Covacic dari Real Madrid secara tetap.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast