LONDON – Roman Abramovich sedang mempertimbang untuk memecat Maurizio Sarri selepas aksi Chelsea menentang Arsenal pada final Liga Europa.
Laporan itu mendakwa, keputusan Abramovich bukan didorong prestasi hambar Chelsea namun berpunca daripada hubungan hambarnya dengan peminat pasukan tersebut.
Semasa beberapa perlawanan Chelsea musim ini, keputusan Sarri mengenai pertukaran pemain dikritik peminat.
Namun Sarri didakwa tidak disayangi Ambramovich dan perbuatannya mengkritik aksi persahabatan Chelsea menentang New England Revolution menimbulkan rasa kurang senang di kalangan lembaga pengarah pasukan itu.
Pada musim pertamanya di England, Sarri membimbing Chelsea menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tetapi selepas tewas kepada Manchester Citu pada final Piala Carabao, pengendali dari Itali itu masih berpeluang menjulang trofi kejuaraan jika menundukkan Arsenal di Baku pada 29 Mei ini. – MalaysiaGazette