Jalan masuk ke Kuil Sri Maha Karumariamman Ladang Bangi dikunci oleh oemaju.

KUALA LUMPUR – Seolah-olah tidak serik dengan pengajaran mahal sehingga berlakunya rusuhan dan akhirnya mengakibatkan kematian –  tragedi kuil Sri Maha Mariamman, Seafields nampaknya tidak membawa apa-apa makna.

Malah dengan tingkah laku serta tindak kerajaan negeri ‘kecut’ untuk mengambil tindakan dan pemaju yang kebal undang-undang mungkin kejadian seumpama itu bakal berulang cuma yang berbeza adalah lokasi.

Begitu luahan Anggota Jawatankuasa Pusat Parti Sosalis Malaysia (PSM),  S Arutchelvan yang jelas kecewa dengan tindakan syarikat pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd (TLD) menutup jalan masuk ke kuil Sri Maha Karumariamman Ladang Bangi.

Apa yang lebih mengecewakan, insiden berlaku tiga hari sebelum masyarakat di ladang itu bersiap sedia dengan upacara ibadat tahunan yang disambut meriah saban tahun.

MGF19122018_PEKERJA LADANG BERJAYA_04
S. Arutchelvan.

Arutchelvan mendedahkan, pemaju juga telah menutup terowong untuk masuk ke kuil itu dengan batu bata dan pasir kemudian diletakan pula ‘hoarding’.

“Mereka juga bertindak zalim dengan menutup jalan depan dengan memagar pintu selain meletakan batu bata di hadapan pintu tersebut ketika penganut Hindu mahu menyambut upacara penting tersebut pada 8 Mei lepas.

“Namun jalan ini ditutup secara sengaja oleh pemaju dan langsung pihak MPKj tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk membuka jalan tersebut.

“Tindakan MPKj lembab dan seolah-olah seperti mahu menimbulkan satu lagi ketegangan agama memandangkan penganut agama Hindu disekat dari pergi sembahyang iaitu satu hak yang termaktub dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan.

sime 4

“Ini adalah kuil yang telah diwartakan, Kuil ini berada di tanah yang diberikan kepada kuil tersebut oleh pemilik tanah sebelum ini dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri yang mengazet kuil ini kepada Persatuan Penganut Sri Maha Karumariamman Ladang Bangi.

“Pelbagai cara dan rundingan cuba dibuat oleh pihak kuil termasuk memaklumkan kepada MPKj, Ahli Majlis MPKj, Pengarah Jabatan Perancang MPKj, Pihak Peguam Pemaju, Exco Ganabatirau, Pihak polis dan pemaju sendiri tetapi langsung jalan ini masih ditutup.

“Dua soalan menghantui saya. Mengapa MPKj tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap pemaju dan pemaju begitu kebal sehingga kerajaan tempatan dan kerajaan negeri tidak dapat membuka laluan ulung ke kuil ini?. Adakah pemaju ini begitu kebal?” katanya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette.

sime 2
Jalan yang ditutup menggunakan batu bata.

Arutchelvan mendakwa pemaju memberi jaminan tidak menutup jalan masuk sementara menunggu jalan alternatif namun akhirnya ingkar walaupun jaminan itu juga diketahui oleh pihak MPKJ.

Kata beliau, sepatutnya kuil itu tidak dipertikaikan kerana telah diwartakan kerajaan Selangor selain telah dibina di atas tanah yang disediakan oleh pemaju sebagai pampasan kepada pekerja ladang di sana.

“Ini adalah sebahagian daripada perjanjian penyelesaian pada tahun 2016 termasuk janji untuk menyediakan setiap keluarga pangsapuri kos rendah serta subsidi sewa dalam interim.

“Sudah tentu bekas pekerja ladang menghargai pemaju apabila menerima kunci apartmen pada Februari 2019 namun saya bimbang pertikaian jalan masuk ke kuil tidak ditangani dengan betul dan cepat, isu rusuhan di kuil Seafields bakal berulang,” tegasnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast