Anthony Loke
Anthony Loke Siew Fook

SINGAPURA – Malaysia dan Singapura hari ini secara rasmi menandatangani perjanjian tambahan (SA) untuk penggantungan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) hingga 30 September tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, Malaysia akan membayar balik Singapura kira-kira RM2 juta menjelang 31 Julai 2019 sebagai kos nyata akibat penggantungan selama enam bulan.

Loke dan rakan sejawatannya dari Singapura, Khaw Boon Wan memeterai perjanjian itu untuk memeteraijan penggantungan projek berkenaan di Kementerian Pengangkutan di sini.

Perjanjian dua hala bagi RTS ditandatangani pada Januari tahun lalu ketika Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Menurut Loke, di bawah perjanjian asal, tambang sehala ditetapkan pada RM15 dan akan membebankan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura untuk bekerja.

Projek itu pada mulanya dijadualkan dibina tahun ini dan dijangka siap pada Disember 2024.

Ia bertujuan untuk menangani kesesakan dalam perjalanan harian antara kedua-dua negara.

Projek RTS akan meliputi laluan rel sepanjang 4 kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar (Johor Baru) dan Woodlands (Singapura), dengan kapasiti untuk mengangkut 10,000 penumpang sejam.

Sementara itu, Khaw berkata, Malaysia perlu membayar lebih daripada S$66 juta (RM200 juta) sekiranya ia memilih untuk menamatkan projek tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast