Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Peranan peguam Syazlin Mansor tidak perlu kerana Peguam Negara telah bertindak bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Peguam Negara juga mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat disebabkan beliau mewakili kerajaan, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

“Kami perlu mengambil maklum AG mewakili kerajaan termasuklah kedua-dua kementerian dan bomba.

“Justeru, peranan Syazlin dalam mewakili bomba sudah menjadi tidak perlu. Jadi beliau perlu menarik diri,” kata Zuraida dalam pesanan khidmat ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Zuraida ditanya mengenai laporan Syazlin menarik diri daripada inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim berdasarkan surat yang diterimanya.

Bagimanapun, Zuraida enggan mengulas lanjut sama ada surat yang dikatakan itu ada atau tidak.

Syazlin, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat, mengumumkan penarikan dirinya di Mahkamah Koroner di Shah Alam pagi ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/27/kpkt-dan-peguam-terima-tekanan-sumber/