KUALA LUMPUR – Penarikan diri peguam Syazlin Mansor mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai akibat tekanan pihak tertentu.
Sumber berkata, keputusan Syazlin mengundur diri dibuat selepas menerima surat arahan dari pihak terbabit.
Sumber itu difahamkan turut memaklumkan, selain Syazlin, pihak KPKT juga didakwa turut menerima tekanan sama.
Arahan dikatakan dikeluarkan ekoran peguam itu didakwa lantang sepanjang inkues yang berjalan selama 36 hari.
Meskipun secara peribadinya KPKT dan Syazlin tidak bersetuju namun atas arahan pihak tertentu itu mereka terpaksa akur.
Prosiding inkues terdahulu ditubuhkan bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib hari ke-37 pagi tadi dikejutkan dengan penarikan diri Syazlin.
Berikutan keputusan itu, Koroner Rofiah Mohamad menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Peguam itu walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya berkata keputusannya itu dibuat pada saat terakhir.-MalaysiaGazette
Ada campurtangan politik ke ?
Adib tu muda lg, insya Allah dia x berdosa pun dalam hal ni. Yang korang nak poli-taik kan mende ni kenapa?
Menteri ckp AG dah ada utk wakili kerajaan dan KPKT. Habis yang korang hired peguam in the first place tu kenapa? Cukup2 la PH dgn permainan U-turn. Jgn la kematian Adib pun korang nak u-turn jugak. Ingat Tuhan woi adik kakok