Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR –  Inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukan prosiding yang mahu mencari siapa kalah dan menang.

Justeru sepatutnya tidak ada pihak yang dipersalahkan, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad.

Dalam masa yang sama beliau menambah, Pakatan Harapan harus ingat dan terus mempraktikkan ‘rule of law’ yang diperjuangkan sebelum ini.

Justeru apa juga bentuk sistem perundangan termasuklah inkues yang ditubuhkan bagi membantu kerajaan mengetahui punca kematian Adib berjalan dengan telus.

“Kerajaan tidak seharusnya lupa dengan prinsip ‘rule of law’ yang sering diungkapkan kepemimpinan PH. Inkues ini bukanlah suatu prosiding untuk yang menang atau kalah dan apa yang lebih penting, tindakan yang diambil senua pihak mestilah telus dan amanah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kata Noraini lagi,  tindakan mempertikaikan kedudukan peguam Syazlin Mansor dalam inkues yang sebelum ini mewakili tiga pihak hanya selepas 36 hari prosiding inkues kematian anggota bomba menimbulkan tanda tanya.

Ujarnya ini kerana apabila Peguam Negara membangkitkan perkara ini pada saat akhir ia jelas hanya melambatkan prosiding yang berjalan bermula Febuari yang lalu.

Justeru beliau menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin memberi penjelasan terhadap isu yang timbul di saat-saat akhir inkues itu.

“Wanita UMNO peka dan prihatin terhadap tindakan Syazlin yang menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian Adib.

“Tidakkah tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas ini hanya akan melanjutkan lagi tempoh prosiding inkues yang berbaki dua hari lagi,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast