KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini kerana pelabur tidak memasuki pasaran menunggu petunjuk pasaran baharu di tengah-tengah prestasi lemah semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.68 mata kepada 1,621.99 selepas dibuka 2.69 mata lebih rendah pada 1,620.98.

Indeks itu ditutup 9.10 mata lebih tinggi pada 1,623.67 semalam.

Bagaimanapun, saham naik mengatasi turun sebanyak 94 berbanding 92 dengan 120 kaunter tidak berubah, manakala 1,654 tidak diniagakan dan 103 yang lain digantung.

Sejumlah 71.70 juta saham bertukar tangan bernilai RM59.89 juta. – BERNAMA