KUALA LUMPUR – YouTube merekodkan pertumbuhan ketara di Malaysia dengan mencapai lebih 20 juta orang di Malaysia berumur 18+ pada bulan Jun lalu.
Angka itu menyaksikan kenaikan lebih 10 peritus tahun ke tahun pada bulan Jun 2024 berbanding 2023.
Pertumbuhan tersebu mewakili lebih 90% populasi dalam talian Malaysia.
Menurut kajian oleh dengan Nielsen, YouTube adalah salah satu saluran media yang paling berkesan untuk pengiklanan.
Secara purata, ia adalah 1.31 kali lebih berkesan daripada TV linear dan 1.83 kali lebih berkesan daripada platform digital lain.
“Rakyat Malaysia datang ke YouTube kerana mereka boleh mengakses kandungan dalam pelbagai format. Mereka boleh memulakan penerokaan dengan kandungan bentuk pendek dan kemudian pergi lebih mendalam dengan video bentuk panjang, dari sepuluh saat hingga satu jam mengenai topik yang sama dan sebagainya,” kata Loh Ben Jern, Ketua Video Negara, Google Malaysia.
Tambah beliau, ringkasnya YouTube menarik minat peminat dan berkesan untuk jenama.
Komuniti pencipta kandungan YouTube yang berkembang maju di Malaysia juga telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa.
Bilangan penerima Gold Creator Award telah melonjak daripada hanya 3 saluran pada tahun 2016 kepada lebih 130 saluran pada tahun 2024.
Selain itu, Malaysia juga menganugerahkan Diamond Creator Award yang terbaharunya kepada Siow Wei (im_siowei), yang telah meraih pencapaian 10 juta pelanggan.
Jangkauan global YouTube telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Siow Wei, dengan penontonnya yang merentasi seluruh dunia.
“Hubungan yang mendalam antara peminat dan pencipta kandungan di YouTube telah memupuk penglibatan penonton yang sangat mendalam. Metrik tontonan unik YouTube memastikan para pengiklan menjangkau pengguna yang benar-benar berminat dengan kandungan mereka.
“Penyelesaian dikuasakan AI YouTube juga memainkan peranan penting dalam membantu perniagaan mencapai matlamat pemasaran mereka. Jenama kini boleh memanfaatkan alatan seperti Video Reach Campaigns, Video View Campaigns dan Demand Gen untuk mendorong jumlah tontonan, jangkauan, permintaan dan jualan. Alat-alatan ini membantu para pemasar menjimatkan masa, meningkatkan pulangan pelaburan mereka dan mencipta kempen yang lebih berkesan,” tambah Ben. – MalaysiaGazette