Akmal dalam majlis   Penyerahan Cek Cura Klinik Kesihatan Johor Bahru di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Konflik Asia Barat yang menjejaskan bekalan tenaga global sejak Mac lalu kini sudah mula merebak terhadap bekalan tenaga lain seperti gas asli dan arang batu di negara ini.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keadaan tersebut merupakan impak susulan yang sebelum ini tertumpu pada pasaran petrol.

Bagaimanapun beliau percaya menerusi mesyuarat khas yang akan berlangsung hari ini berkenaan tarif elektrik akan mencari mekanisme untuk penyelesaian.

“Cuma sudah pasti mekanisme yang mana Perdana Menteri menilai itu, mungkin ada ruang yang lain kita boleh teliti kerana berdasarkan kaedah tarif yang ada ketika ini, majoriti pengguna bawah 600 kilowatt jam (kWh) sebulan sebenarnya tidak mendapat impak direct.

“Ini daripada segi kedudukan atau pun daripada segi harga bekalan atau feul kos yang kita terima,” katanya dalam sidang akhbar selepas Penyerahan Cek Cura Klinik Kesihatan Johor Bahru di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas esok bersama-sama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Kementerian Kewangan (MOF).

Mesyuarat berkenaan akan meneliti langkah mitigasi segera bagi mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.

Mengulas lanjut, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, bagi pengguna elektrik yang menggunakan lebih 600 kWh sebulan sudah mula menerima kesannya sekarang.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan cuaca yang kurang baik juga boleh meningkatkan penggunaan elektrik apabila orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di dalam bangunan atau tempat lebih selamat.

“Bila cuaca yang kurang baik, memang kita nasihatkan untuk kekal di dalam bangunan, dalam tempat yang lebih selamat tetapi itu juga mungkin reflek kepada penggunaan tenaga yang lebih,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here