KUALA LUMPUR – Exodus Markets telah memperkenalkan Program Exodus A.C.T. (AI Capability & Transformation) yang direka khusus membantu entiti perniagaan mengenal pasti serta melaksanakan pelbagai peluang transformasi AI yang praktikal.

Inisiatif itu menyaksikan penglibatan rapat antara syarikat terpilih bersama mentor industri dan pakar teknologi untuk merangka semula aliran kerja.

Sambutan terhadap program  amat menggalakkan apabila berjaya mengumpul lebih 5,000 permohonan dalam tempoh beberapa bulan selepas dilancarkan sekali gus memacu pertumbuhan kadar pendapatan tahunan Exodus Markets sehingga 10 kali ganda mencecah jutaan ringgit dalam fasa enam bulan terkini.

Bagi melengkapi ekosistem A.C.T., syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura itu turut melancarkan empat penyelesaian automasi turnkey yang saling melengkapi iaitu ExoDrive untuk kecerdasan perusahaan, ExoDM bagi aliran kerja pemesejan, ExoDesk untuk operasi perkhidmatan pelanggan dan suara serta ExoDynamic yang dioptimumkan khas bagi pelaksanaan kempen pemasaran pantas.

Bagi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exodus Markets merangkap penerima anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2025, Kezy Chong, perubahan membawa cabaran serta peluang baharu kepada cara sesebuah entiti perniagaan beroperasi secara menyeluruh.

Pengintegrasian penyelesaian terbina itu terbukti berjaya meningkatkan tahap kecekapan perniagaan melebihi 50% bagi aliran kerja terpilih menerusi pengurangan beban kerja manual yang berulang.

“Kesan AI menjadi lebih ketara apabila ia bergerak daripada eksperimen kepada aliran kerja sebenar. Jika sesebuah perniagaan boleh mengambil satu proses yang sebelum ini memerlukan berjam-jam penyelarasan manual dan mengurangkan masa serta campur tangan manusia dengan ketara, di situlah AI mula menghasilkan nilai perniagaan yang boleh diukur,” jelas Kezy dalam kenyataan.

Kezy Chong

Langkah itu sekali gus menegaskan pendirian Exodus Markets bahawa kelebihan bersaing pada masa hadapan tidak lagi bergantung kepada pemilikan model AI terkini semata-mata sebaliknya terarah kepada keupayaan sesebuah syarikat  merangka semula keseluruhan operasi perniagaan berasaskan keberadaan teknologi tersebut.

Mengulas mengenai persaingan industri, Kezy berpandangan, AI kini berfungsi meratakan padang permainan dalam sektor perniagaan global.

“AI sedang meratakan padang persaingan. Kelebihan akan datang daripada keupayaan memahami di mana teknologi boleh mencipta nilai sebenar dan mereka bentuk semula perniagaan berdasarkan peluang tersebut,” ujar beliau.

Beliau menegaskan persoalan utama organisasi kini perlu berubah daripada cara menggunakan AI kepada bagaimana sesebuah perniagaan sepatutnya beroperasi dalam era baharu ini.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here