Foto FB Anwar Ibrahim

MALÉ (MALDIVES) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai cadangan agar syarikat minyak global Malaysia itu meneliti kemungkinan menjalankan eksplorasi minyak di Maldives.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Petronas serta pengalaman luas syarikat itu dalam sektor tenaga di peringkat antarabangsa.

“Mengenai cadangan supaya Petronas meneliti kemungkinan eksplorasi minyak (di Maldives), saya perlu membincangkan perkara ini dengan Petronas.

“Dan saya yakin dengan kekuatan Petronas pada masa kini di seluruh dunia, dari Kanada hingga ke Turkmenistan dan Sudan, serta Suriname, Peru dan Brazil. Saya berpandangan tidak menjadi masalah besar untuk melebarkan sayap lebih dekat ke sini, iaitu ke Maldives,” kata beliau.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama dengan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, di Pejabat Presiden, di sini, hari ini.

Petronas mempunyai kehadiran antarabangsa merentas pelbagai pasaran minyak dan gas di banyak negara di seluruh dunia yang mencerminkan keupayaan syarikat minyak nasional itu.

Anwar kini berada di Maldives bersempena dengan lawatan rasmi dua hari yang berakhir hari ini.

— BERNAMA

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here