4,920 karton rokok pelbagai jenis dan jenama yang tidak bercukai kastam bernilai RM1.9 juta yang dirampas dalam operasi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,920 karton rokok tidak bercukai kastam bernilai RM1.9 juta dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Bukit Raja, Selangor semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Amanjit Singh berkata, serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar bekalan rokok berkenaan.

“Operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Klang Utara, Selangor.

“Selain rokok pelbagai jenis dan jenama, polis juga merampas sebuah kereta Nissan Almera yang disyaki digunakan bagi aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,907,163.20,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya mengetahui sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here