Pertandingan Pidato Rukun Negara mencatat penyertaan tertinggi sejak diperkenalkan enam tahun lalu apabila 10,494 peserta mengambil bahagian tahun ini, meningkat 1,182 orang berbanding tahun lalu.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, penyertaan dari seluruh negara membuktikan pertandingan yang bermula di Melaka itu kini berkembang menjadi gerakan nasional untuk menyemai semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda.















