KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memulakan dasar penggantian pekerja asing menerusi kaedah Memo Periksa Keluar 1 Julai ini.
Kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran, pembukaan semula dasar ini membolehkan majikan mendapat gantian pekerja asing tanpa melalui proses permohonan baharu.
Langkah ini tambahnya, tidak akan mengakibatkan pertambahan jumlah pekerja asing baharu sebaliknya mengekalkan jumlah sedia ada.
Pada masa sama akan membantu masalah kekurangan
pekerja yang dihadapi oleh pihak industri.
“Bagi memastikan pengeluaran produk dan pencapaian eksport negara tidak terjejas,” katanya. -MalaysiaGazette