Nooryana Najwa Najib. foto Instagram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa pada hari konvokesyennya di Universiti Harvard hari ini.

Kesedihan itu dikongsikan melalui hantaran terbaharu di Facebook.

“Hari ini terima ijazah sarjana dari Harvard. Sebagai bapa, saya berasa amat sedih tidak dapat berada di sana meraikan detik ini.

“Daddy minta maaf Gina, tidak dapat bersama hari ini. I am so proud of you. (Saya bangga dengan anda),” katanya.

Bekas perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah dikenakan larangan meninggalkan negara ini, berkuat kuasa serta-merta pada 12 Mei tahun lalu.

Menurut Najib, selain menghalangnya ke luar negara, kerajaan Pakatan Harapan juga tidak selesa beliau ke mana-mana di Malaysia sehingga laporan polis terhadapnya dibuat.

Sementara itu Nooryana melalui akaun Instagramnya berkata, walaupun kerajaan PH menghalang ibu bapanya ke luar negara, suami dan adik tetap bersama beliau.

“No problem,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu sambil memegang baju-T yang tertera perkataan BossKu. – MalaysiaGazette