KUALA LUMPUR- Pelakon Dian P. Ramlee jarang bercerita tentang hal keluarganya apatah lagi mengenai suami tercinta sepanjang kariernya dalam bidang lakonan.

Namun menerusi Instagramnya, Dian atau nama sebenarnya, Safarina Mum memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 38 tahun lalu.

“Ni la suami mummy, dari dulu sampai la sekarang…the only one, masih lagi bersama.

“Kami berkenalan umur mummy 19 tahun. Umur mummy 20 tahun, kami bertunang.

”Mummy menikah 23 tahun pada 28 September 1981. Alhamdulillah, masih bersama hingga la hari ini,” tulis Dian.

Dian yang berusia 60 tahun menambah, meskipun dirinya seorang yang low profile dan tidak suka terlalu mendedahkan kehidupan peribadi, masih ada yang suka menimbulkan info yang salah.

“Mummy seorang yang konservatif, tak suka dengan gosip dan publisiti. Dalam macam tu pun orang bercerita, kononnya mummy ni kahwin dua kali atau pun janda sekarang ni.

“Padahal mummy masih lagi bersama suami. Nanti raya, mummy akan upload gambar terbaru keluarga,” tulisnya lagi.

Dian P. Ramlee memulakan karier seninya pada tahun 1977.

Pada tahun 1979, Dian turut terlibat dalam filem Kisah Seorang Biduan, yang dibintangi Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast