Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama barisan kabinet akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal.

Seramai 50,000 pengunjung dijangka hadir di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis akan bermula pada 10 pagi hingga 4:30 petang.

Majlis itu nanti diharap akan dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri.

Orang ramai dijemput hadir dengan memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis.

Bagi memudahkan para pengunjung, perkhidmatan bas percuma bermula jam 9.30 pagi disediakan di tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast