SEOUL – Wakil Korea Utara dalam Sidang Kemuncak di Hanoi yang dilaporkan telah dibunuh minggu lalu, masih hidup.
Tetapi, Kim Hyok Chol ditahan dan disiasat kerana kegagalan Sidang Kemuncak yang membabitkan Donald Trump dan Kim Jong un.
Terdapat beberapa konflik laporan sejak beberapa hari lalu tentang pasukan Pyongyang yang terlibat dalam rundingan dengan Amerika Syarikat di Hanoi pada Februari lalu.
“Kim Hyok Chol masih hidup dan diletakkan dalam tahanan,” menurut laporan CNN.
Katanya, Kim mungkin berdepan dengan hukuman keras.
Laporan CNN itu bertentangan dengan laporan akhbar Chosun Ilbo yang mendakwa Chol telah dihukum mati pada Mac lalu.
Akhbar itu memetik sumber yang didakwa tahu mengenai nasib Kim.
Manakala sumber Reuters pula berkata, ketika itu Kim sedang berdepan dengan hukuman tetapi tidak ada bukti dia dihukum mati.
Chosun Ilbo juga melaporkan seorang pegawai kanan yang juga mengetahui rundingan dengan Amerika Syarikat, Kim Yong Chol dihukum menjadi buruh paksa dan berada di kem pendidikan semula.
Bagaimanapun, gambar Yong Chol mengiringi Kim Jong Un ke persembahan seni sehari sebelumnya, menunjukkan bahawa dia masih berada dalam struktur kuasa Jong un.
CNN melaporkan Jong Chol”hampir dilucutkan” kuasa sejak sidang kemuncak Hanoi tetapi tidak menghadapi kerja keras. – MalaysiaGazette