Iskandar Abd. Samad

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad hari ini mempersoalkan niat sebenar Pakatan Harapan (PH) melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dalam kalangan orang politik.

Ujarnya, kenyataan Latheefa Koya beliau telah meletakan jawatan ekoran pelantikan itu, maka cara lantikan itu dihalalkan.

“Tolong jangan merendahkan pemikiran rakyat Malaysia. Macam tidak ada orang lain. Lantiklah bukan orang politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, walaupun langkah meletakan jawatan telah dibuat oleh Latheefa, namun pihaknya bimbang segala keputusan dan siasatan terhadap mana-mana individu akan dipersoalkan kelak.

“Walaupun Latheefa mungkin dapat berlaku adil namun ia pasti akan membuka ruang kepada pelbagai dakwaan apabila berlaku pendakwaan atau apabila terdapat kes yang dilepaskan.

“Sama ada wajar atau tidak sesuatu dakwaan itu namun ia tetap akan mewujudkan pelbagai persepsi. SPRM akan sentiasa dipertikaikan. Ini tidak akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan itu. Ianya juga tidak baik untuk imej negara di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya masih belum menerima apa-apa surat daripada pihak Latheefa berhubung perletakan keahliannya itu.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Latheefa Koya itu kepada umum bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon untuk bersara awal. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Inilah cara @stylo K-ph membuat perlantikan bagi faedah/kepentingan politik mereka semata-mata bkn demi kepentingan rakyat dan negara?

    1. Tommy Thomas = Peguam Negara
    2. DS Hamid Bador, KPN
    3. Latheffa Koya, Ketua Persuruhjaya SPRM.

Comments are closed.