Kylian Mbappe

LONDON – Penyerang muda, Kylian Mbappe dilaporkan telah menghantar surat permohonan berpindah ke kelab lain daripada Paris Saint German (PSG).

Menurut laporan BBC, pemain antarabangsa Perancis itu mahu menyertai Real Madrid.

Ini bukan kali pertama Real berminat dengan Mbappe dan menjadikan pemain idaman kelab itu sejak di AS Monaco lagi.

Presiden Real, Florentino Perez kali ini dikatakan serius dalam usaha membantu pengurus, Zinedine Zidane untuk membeli beberapa pemain bintang bagi menguatkan Real Madridi selepas kempen hambar mereka pada musim ini.

Menurut media Sepanyol – El Chiringuito, Mbappe mendapat perhatian daripada banyak kelab elit di Eropah kerana bakat dan usianya yang masih muda.

Real telah mengesahkan pembelian Luka Jovic dan kelab itu dijangka akan memeterai perjanjian dengan Eden Hazard dalam masa terdekat.

Kini, Mbappe menjadi sasaran untuk melengkapkan barisan serangan Real.

Hazard merupakan pemain sayap kiri manakala Mbappe yang berusia 20 tahun itu banyak beraksi di sayap kanan ketika bersama PSG dan juga Perancis.

Mbappe juga boleh bermain di sayap kiri dan sebagai penyerang tengah. – MalaysiaGazette