Keylor Navas.- Foto: the Sun

LONDON – Paris Saint German (PSG) sedang mencari penjaga gol yang baharu selepas Gianluigi Buffon tidak akan bersama kelab gergasi Perancis itu pada musim depan.

Namun apa yang mengejutkan pemburuan PSG tidak melibatkan pemain yang dikaitikan sebelum ini iaitu David De Gea, sebaliknya Keylor Navas.

Sebelum musim berakhir, pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengesahkan dia akan melepaskan Navas kerana mereka sudah memiliki Thibaut Courtois.

Laporan Marca menyebut, PSG sudah memulakan perbincangan untuk membawa masuk Navas ke Paris.

Navas akan bersaing dengan Alphones Areola untuk menjadi penjaga gol nombor satu PSG.

Bagainapun, Real Madrid dilaporkan enggan melepaskan penjaga gol itu secara percuma. Mereka meminta PSG untuk membayar yuran perpindahan untuk Keylor Navas. – MalaysiaGazette