Ivan Golunov. foto Al Jazeera

MOSCOW – Wartawan Rusia yang melakukan siasatan berprofil tinggi terhadap rasuah telah ditangkap di sini.

Ivan Golunov, 36, wartawan yang bertugas di laman berita Meduza berpangkalan di Latvia, ditahan oleh polis pada hari Khamis dan dituduh melakukan urusan dadah berskala besar.

Peguam wartawan itu mendakwa anak guamnya telah dipukul semasa dalam tahanan dan dadah yang ditemui pada Ivan dilakukan sengaja direka-reka tetapi pihak bekuasa menafikannya.

Meduza berkata, Ivan “dianiaya kerana tugas kewartawanannya”.

Ivan telah berkali-kali mendedahkan kegiatan rasuah dalam kalangan individu perniagaan yang berprofail tinggi dan elit politik dan skim kewangan palsu.

“Kami akan mencari siapa yang menjadi dalang dan kami akan membuat maklumat awam. Kami akan melindungi wartawan kami dengan segala cara yang ada,” kata Pengarah Meduza, Galina Timchenko.

Malah, katanya, Ivan telah menerima ancaman sejak beberapa bulan kebelakangan ini, berkaitan dengan berita belum diterbitkan yang beliau sedang usahakan.

Penangkapannya mencetuskan protes di Moscow dan St Petersburg dan lebih daripada 12 orang – kebanyakannya rakan wartawan – dilaporkan ditahan dan kemudian dibebaskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast