Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR – Keluhan seorang wanita yang kecewa apabila hanya menerima duit raya sebanyak RM5 daripada anak saudaranya yang tular di media sosial mendapat perhatian pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Memetik status di Instagram Story mili, Sharnaaz, pelakon itu berkata, semua orang yang menerima duit raya perlu menghormati pemberian berkenaan walau berapa pun jumlahnya.

Menurutnya, jangan ada sikap ‘batak duit raya’ (satu pihak menuduh pihak yang lain bersalah).

“Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu. Yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya.

“Kaya macam mana pun orang tu, kalau dia ada berpuluh orang nak bagi, fikir sama kesempitan yang dia kena lalui,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast