KUALA LUMPUR – Beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri tersebar hari ini.
Turut disebarkan beberapa video menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ berkenaan.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di luar negara, berdasarkan kepada suara televisyen di dalam video berkenaan.
Beberapa transaksi wang keluar negara melibatkan Maybank dan Deutsche Bank yang bernilai ratusan ribu dolar Amerika turut disebarkan.
Gambar-gambar dan video berkenaan telah disebarkan melalui satu grup WhatsApp diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi. – MalaysiaGazette