MADRID – Real Madrid memperkenalkan bintang Belgium, Eden Hazard di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi tadi sehari selepas majlis pengenalan penyerang baharu, Luka Jovic.
Seramai 50,000 penyokong Real hadir ke stadium untuk majlis tersebut.
Real memuktamadkan perjanjian dengan bekas pemain Chelsea itu selepas dia lulus pemeriksaan perubatan.
Dalam ucapan ringkasnya, Hazard memberitahu Real menjadi kelab idamannya sejak kecil.
Jelasnya, menyertai Real hari ini ibarat impian menjadi kenyataan.
Sementara itu, Hazard bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan dengan kontrak selama lima tahun.
Hazard mendapat gaji dua kali ganda di Chelsea apabila menerima £400,000 seminggu (RM2.1 juta).
Ketika di Chelsea, Hazard menerima £200,000 seminggu.
Real dilaporkan bersetuju membayar £88 juta kepada Chelsea dengan pakej tambahan pelbagai bonus mencecah £42 juta.