TERKINI : ERL Bukti Sistem Pengangkutan Awam Terbaik – Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan sistem pengangkutan awam makin menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan menerusi operator pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, antara kemudahan disediakan ialah penggunaan tiket tanpa membeli secara tunai, sebaliknya menerusi sistem tanpa tunai.