Romelu Lukaku
Romelu Lukaku

LONDON – Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menyaran penyerangnya, Romelu Lukaku meninggalkan Manchester United bagi menaikkan semula kariernya.

Jelas Martinez, pemain berusia 26 tahun itu kini perlu mencari kelab yang tepat buat dirinya.

Tambah, perpindahan itu juga akan memberi kelebihan kepada United.

“Lukaku perlu meninggalkan Manchester United dan akan memberi faedah yang baik untuk kedua-dua pihak.

“Kini, dia mendapatkan kelab yang tepat,” kata Martinez kepada akhbar Belgium, Het Laatste Nieuws.

Masa depan Lukaku di Old Trafford menjadi perdebatan selepas mengharungi kempen mengecewakan di Old Trafford musim lalu.

Bekas penyerang Chelsea, West Brom dan Everton itu tidak berada dalam senarai pilihan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer pada pertengahan kempen 2018-19 dan lebih mengutamakan penyerang England, Marcus Rashford.

Lukaku menamatkan kempen musim lalu dengan menyumbat 15 gol dalam 45 penampilan buat United dalam semua kejohanan selepas meledak 27 gol pada musim pertamanya bersama Red Devils musim lalu.

Dia kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan dan turut memberi bayangan pada minggu lalu yang perpindahan keluar dari Old Trafford bukan mustahil.

Martinez sebelum dilantik mengendalikan skuad kebangsaan Belgium pernah membimbing Lukaku, yang juga penjaring terbanyak negaranya di Everton di mana dia menjaringkan 87 gol dalam 166 penampilan di Goodison Park.

United dikatakan meletakkan harga setinggi £80 juta (RM419.29 juta) untuk Lukaku yang sudah meledak tiga gol bersama Belgium dalam dua perlawanan kelayakan Euro 2020 awal bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast