gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Persaingan Malaysia berusaha untuk memantau secara lebih konsisten berhubung isu kenaikan harga simen.

Ia termasuk mengambil maklum terhadap notis-notis kenaikan harga yang telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat konkrit dan campuran siap.

Suruhanjaya itu juga akan mengambil kira kesan penggabungan antara syarikat YTL dan Lafarge baru-baru ini yang telah menyebabkan penumpuan pasaran peringkat huluan dan hiliran.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri simen semalam.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian untuk memberikan input kami dan akan menilai perkara ini di bawah peruntukan Akta Persaingan 2010 jika perlu,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Iskandar, Seksyen 4 dan Seksyen 10 AP 2010 dengan jelas melarang perusahaan daripada membuat perjanjian antipersaingan dan menyalahgunakan kedudukan dominan mereka di pasaran.

Suruhanjaya katanya akan terus dengan inisiatifnya untuk menggalakkan dan melindungi proses persaingan dan menggesa orang ramai untuk membuat aduan mereka kepada Suruhanjaya di [email protected] sekiranya mereka mengesan sebarang perlakuan antipersaingan dalam industri simen.-MalaysiaGazette

Tiada kenaikan harga simen

Guan Eng jamin pastikan harga simen berdaya saing