Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memberi jaminan akan memastikan harga simen kekal berdaya saing dan tidak dinaikkan atas faktor-faktor monopoli.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kerajaan berat peningkatan harga simen seperti yang dilaporkan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Bagaimanapun, dalam kenyataan di sini, beliau berkata, KPDNHEP telah mengeluarkan notis bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada 19 pengeluar simen di seluruh negara untuk mendapatkan penjelasan sebab-sebab kenaikan tersebut.

Sebelum ini, syarikat-syarikat pengeluar simen mengesahkan kenaikan harga simen antara 40 hingga 50 peratus.

Kenaikan itu mendapat reaksi negatif dalam kalangan syarikat pemaju kerana lonjakan mendadak harga simen akan memberi kesan buruk kepada sektor pembinaan.

Minggu lalu, Guan Eng memberi jaminan akan meneliti sama ada kenaikan mendadak harga simen itu adalah disebabkan faktor monopoli memandangkan ketika ini 85 peratus pengeluarannya dikuasai sebuah syarikat swasta. – MalaysiaGazette