Radzi Jidin
Dr Mohd Radzi Md. Jidin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung dua daripada lapan transaksi meragukan yang dilaporkan oleh Felda seperti yang terkandung dalam Kertas Putih, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata dua kes itu melibatkan pembelian saham syarikat peladangan Indonesia, Eagle High Plantation dan projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City.

“Sebagai kerajaan yang menekankan pemerintahan mengikut undang-undang, adalah wajar pihak berkuasa diberi ruang bagi melengkapkan siasatan bagi memastikan proses perundangan berjalan berdasarkan rule of law.

“Untuk baki enam kes yang dibentangkan dalam Kertas Putih, Felda akan mengambil tindakan susulan dalam masa terdekat,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast