Datuk Liew Vui Keong
Liew Vui Keong

KUALA LUMPUR – Selepas lima jam berbahas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Rang undang-undang itu diterima apabila tiada bantahan dibuat semasa undian dilakukan.

Undian berlangsung menerusi suara majoriti apabila tiada permintaan kepada Dewan Rakyat agar ia dijalankan secara belah bahagi.

Selepas usul itu diluluskan hari ini, Ahli Parlimen diberi tempoh tiga bulan sehingga 1 Oktober untuk mengisytiharkan harta mereka.

Pembangkang pula menentangnya apabila berpendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang yang cukup bagi mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta.

Ahli Parlimen Pas Kota Bharu, Takiyuddin Hassan dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain berikrar tidak akan mengisytiharkan harta meskipun usul itu diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dalam jawapan bertulisnya berkata, langkah kerajaan selari dengan peruntukan di bawah Klausa 27 Peraturan Mesyuarat yang membenarkan usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Langkah berkenaan, menurutnya, merupakan sebahagian usaha Pakatan Harapan membendung rasuah, selari dengan manifesto parti itu sebelum ini.

Kerajaan katanya, mahu Ahli Parlimen mengisytiharkan harta setiap dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast