Rafael Benitez. Foto BBC.

LONDON – Seakan seperti merajuk dan membawa diri, bekas pengurus Newcastle United, Rafael Benitez dilaporkan telah bersetuju untuk menerima tawaran untuk menyertai kelab Liga Super China, Dalian Yifang.

Memetik laporan Sky Sports, Benitez bakal diumumkan sebagai pengendali baharu kelab China itu dalam masa terdekat ini.

Pengendali dari Sepanyol itu akan mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh South Choi Kang Hee yang meletak jawatan.

Kontrak Benitez berakhir pada 30 Jun lalu dan tawaran daripada Dalian Yifang dipercayai bernilai lebih dari dua kali ganda nilai pendapatan yang diterimanya bersama Newcastle.

Benitez dikatakan menerima gaji berjumlah £6 juta setahun ketika bersama Newcastle United.

Dia sebelumini mengakui sebenarnya masih mahu kekal di Newcastle United namun semua itu mustahil kerana sikap dan dasar yang diletakkan oleh pemilik kelab, Mike Ashley.

Pemergian Benitez juga mencetuskan kemarahan penyokong yang menyifatkan pengendali dari Sepanyol itu sepatutnya menerima layanan yang lebih baik daripada pihak kelab.

Mereka menganggap ianya tindakan memalukan kelab yang penuh tradisi dan sejarah.

Newcastle kini sedang dalam proses untuk mencari pengganti Benitez dan pengurus Porto, Sergio Conceicao dikatakan antara calon pilihan utama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast