Rayer
RSN Rayer.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KODNHEP) digesa menyelesaikan masalah penjualan arak tiruan yang semakin meluas.

Menurut RSN Rayer, arak tiruan yang lebih murah membahayakan pengguna yang rata-ratanya adalah bukan sekadar generasi muda malah juga penuntut sekolah.

Dalam masa yang sama beliau menyarankan agar kerajaan memperketatkan pemberian lesen jualan arak secara meluas.

Isu berbangkit ini jelasnya adalah berdasarkan kepada penularan di media sosial tentang pengaruh buruk arak kepada generasi muda khususnya melibatkan penuntut sekolah.

“Kalau inilah perkara yang akan berlaku atau dibiarkan masa depan pemuda terutama pemuda India akan hanyut. Mereka ini mangsa niat ingin tahu untuk merasai khayal dan sebagainya

“Saya terpanggil bercakap tentang ini kerana ini isu tular dalam laman sosial seorang pemuda terlantar mujur ada orang melalui kawasan yang melihatnya dalam keadaan pengsan,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menyokong pandangan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasturi Patto yang berkata penjualan arak tiruan kini tidak dipantau secara aktif KPDNHEP.

Justeru pengawalan pengeluaran lesen perlu dikuatkuasakan dengan segera, tambah Rayer.

“Cap dagang kita perlu mengeluarkan lesen tertentu yang boleh menjual arak yang dibenarkan untuk menjual arak ini yang perlu dikawal,” tambahnya. – MalaysiaGazette