Mayat Muhammad Faqih Mohd Fairuz, 7, ditemui di Kuala Sungai Muar berhampiran Marina Bay, Tanjung Emas.

MUAR – Mayat anak lelaki anggota polis yang lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana Tanjung, di sini semalam, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata mayat Muhammad Faqih Mohd Fairuz, 7, ditemui di Kuala Sungai Muar berhampiran Marina Bay, Tanjung Emas di sini kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian oleh Pasukan Polis Marin pada 2.20 petang tadi.

“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk siasatan lanjut.

“Usaha mencari bapa mangsa, Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim, 36, diteruskan dan kita lebihkan kepada ‘surface searching’ (pencarian di permukaan air) di Kuala Sungai Muar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian 6.45 petang semalam, Mohd Fairuz dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana Tanjung.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast