Empat suspek pengganas Jemaah Islamiyah yang berjaya diberkas polis Indonesia

JAKARTA – Polis Indonesia berjaya menahan pemimpin Jemaah Islamiyah yang mempunyai hubungan dengan militan al-Qaeda selepas disyaki merekrut ahli dan menghantar mereka ke Syria untuk dilatih oleh kumpulan-kumpulan pengganas.

Polis anti-keganasan turut menahan sekurang-kurangnya empat lagi suspek yang mempunyai kaitan dengan Para Wijayanto, yang mana pakar-pakar mempercayai dia adalah salah seorang pelajar Abu Bakar Basyir yang dituduh menjadi dalang kepada pengeboman Bali pada 2002.

Seramai lebih 200 orang terkorban dalam kejadian tersebut.

Wijayanto yang melarikan diri sejak 2003 dikatakan telah dilatih oleh pengganas di selatan Filipina berjaya ditahan bersama isterinya pada Sabtu di luar Jakarta.

“Jemaah Islamiyah kekal sebagai ancaman kerana strategi utama mereka adalah untuk menjadi khalifah,” kata jurucakap polis, Dedi Prasetyo kepada Reuters.

Menurut seorang penganalisis terorisme, Stanislaus Riyanta masih terdapat ramai ahli JI di luar sana dan selepas kejatuhan Osama bin Laden mereka menjadi kurang aktif.

“Kejatuhan Islamic State mungkin meninggalkan ruang untuk JI kembali bangkit,” katanya. – Agensi