NEW YORK – Niaga hadapan minyak dunia meningkat dalam dagangan pada hari Jumaat susulan pertikaian berhubung Iran dan lanjutan pengurangan bekalan bahan bakar itu oleh OPEC dan sekutunya.

Brent ditutup kepada AS$64.23 setong, naik AS$0.93 atau 1.4 peratus manakala West Texas Intermedite (WTI) pada AS$57.51, melonjak AS$0.17.

Pasaran Amerika Syarikat ditutup semalam kerana cuti umum.

Bagaimanapun, kedua-dua penanda aras itu susut pada minggu ini kerana bimbang dengan kelembapan ekonomi dunia yang dijangka memberi kesan kepada bekalan.

Brent direkodkan rugi 3.3 peratus dan WTI pula 1.8 peratus pada minggu ini.

Perang perdangan antara Amerika Syarikat dan China telah menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi dunia dan permintaan minyak. – MalaysiaGazette