Bagi pemilik atau penggemar vespa klasik di sekitar Lembah Klang, nama Azmi Scooters Noisy Neighbors tidak asing lagi buat mereka. Memulakan perniagaan secara dalam talian pada lewat 2010, kini Azmi Scooters Noisy Neighbors sudah hampir 10 tahun bertapak.
Lokasinya terletak di Jalan Keluli, Seksyen 7, Shah Alam. Dibuka setiap hari dan waktu operasi pada hari Isnin bermula pada 11 pagi hingga 5 petang, manakala pada hari Selasa hingga Sabtu, bermula pada 10 pagi hingga 7 petang dan pada hari Ahad, waktu operasinya bermula pada 9.30 pagi hingga 2 petang.
Menurut pemiliknya, Azmi Mustamil, syarikatnya menyediakan perkhidmatan seperti menjual alat ganti untuk vespa klasik, membaikpulih vespa dan juga menyediakan khidmat servis untuk semua model vespa klasik. Azmi Scooters Noisy Neighbors juga memilik cawangan di Meru,Klang khas untuk membaikpulih vespa klasik.
Azmi Scooters Noisy Neighbors juga mengeluarkan produk milik syarikatnya iaitu rim tanpa tiub dan ekzos berjenama Azmi Scooters. Jenama Noisy Neighbors dibawah satu bumbung bersama Azmi Scooters, menjual peralatan aksesori seperti helmet, sarung tangan, jaket dan pelbagai barangan yang untuk pemilik vespa.
Kadar harga bagi servis dan membaikpulih vespa bergantung kepada kondisi vespa dan kehendak serta citarasa pelanggan. Untuk tempahan dan keterangan lanjut, boleh menghubungi talian 0192835453 atau 0136722271.