KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) merupakan satu langkah pembaharuan dalam parti.
Menurut beliau, ia satu langkah yang dialu-alukan oleh kepimpinan BN dalam mengorak langkah untuk kembali bangkit sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
“Saya kira ini satu pembaharuan sebab dulu tidak ada majlis penasihat, mungkin akan wujud ahli Majlis Lembaga Penasihat yang kita tidak tahu siapa,” katanya di lobi Dewan Rakyat, hari ini.