KUALA LUMPUR – Perdana Menteri melahirkan keyakinan penuh bahawa pindaan Perlembagaan menurunkan had usia pengundi kepada 18 tahun, yang akan diusul dan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan akan diluluskan.
Permintaan (pembangkang) ialah supaya nama (individu berusia 18 tahun) masuk ke dalam senarai daftar pemilih secara automatik, dan boleh menjadi calon pilihan raya pada usia 18 tahun.
“Pada pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang hari ini, mereka semua memberi pengakuan akan menyokong pindaan ini setelah ditambah daftar pemilih automatik dan hak menjadi calon pilihan raya pada usia 18 tahun.
“Kita yakin (mendapat sekurang-kurangnya dua pertiga undi di Dewan Rakyat). Takkan mereka nak tipu saya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.